Thursday, July 30, 2009

Hari ini...

Awal pagi nanti, nak kena gosok baju, lepas tu pakai necktie. Tapi bukan untuk ke kelas, tapi untuk sesi mesyuarat bersama prospek. Belum jadi klien lagi, sebab belum signing off, hehe..

Ini kali pertama dapat prospek yang agak besar, untuk team yang agak kecil(seperti MentariWorks). Cuma bila dapat projek besar-besar ni, tanggungjawab pun TERsangatlah besar. Tak boleh leka dan down sepanjang masa. Doakan aku, dan juga development team aku untuk berjaya setelkan projek ni. InsyaAllah~

p/s: Ahad dan Isnin ni InsyaAllah aku dan geng rumah aku pergi Genting. =)

Tuesday, July 28, 2009

Sedang mencari...


*Sekadar gambar hiasan

Cuba teka apa yang aku cari? =D

Monday, July 27, 2009

dah tau sibuk tapi nak updet jugak

kalau dah kemaruk, ni la jadinya~ Haih

Esaimen aku masih belum dihantar walaupun rakan sekelas semuanya dah hantar. Structured Procastinator sungguh aku ini.

Tapi jangan risau, aku rela dimarah atas kesalahan sendiri. Kalau kerja klien tak siap, aku rela pulangkan balik deposit, dan kalau janji tak dapat dipenuhi, aku rela dipersalahkan. Cewah~

Cakap macam malaikat, tapi perangai macam setan~ hehe

Hujung minggu ni nak pergi Genting. First time tu wei =)

ps: Terima kasih kepada Ariey kerana menyedekahkan 2 gulung filem 35mm yang sudah expired kepada aku. Barang rare ni!

pss: Malam tadi Zahid datang rumah aku, dia dah pakai Persona sekarang. Woi Cikun, kita apa ada wei? Oh lupa, hang dah ada awek, aku belum lagi.. (Jangan marah noo, ni melawak kasaq namanya..haha =P)

Thursday, July 23, 2009

Segmen "3 tahun bersamamu InfoMalaya"

Entri lengkap boleh dirujuk di InfoMalaya dot com.

Kepada semua kawan-kawan, sekiranya anda pembaca tegar InfoMalaya dot com, bolehlah turut serta.

Secara tak langsung, hangpa dapat pengiklanan percuma secara eksklusif lagi eksekutif selama sebulan di muka hadapan InfoMalaya. *Ayat pancing ni*

Join jangan tak join.

Trivia: Usia InfoMalaya dot com kebetulan sama dengan usia perkenalan aku dan si gadis pahang. Ehem ehem.

Tuesday, July 21, 2009

Iramaku Iramamu jua



Khas untuk Affuan, dengar kata dah beli keyboard yamaha, hahaha(Ada ryhmes lak dengan gelak yamahahaha). Praktis betul-betul Affuan!

Aku pun baru beli gak barang yamaha, tapi cuma gitar sajalah. Model F310. Beli gitar dapat percuma beg gitar dan pick. Ingatkan leh dapat dengan guitar stand sekali. Tokey kedai kedekut lak dah.



Disebabkan gitar aku tu tak berapa mahal, jadi memang tak adalah built-in pickup. Kalau nak kena beli yang khas untuk gitar akustik, takpun aku kena buat sendiri guna condenser mic yang boleh dapat kat kedai elektronik, berserta dengan sedikit keberanian untuk menebuk lubang pada body gitar. Dulu abang aku pernah buat, jadi aku pun jadi konfiden skit la nak buat.

Sementara itu, Wanie ada buat pertandingan teka lagu kat blog dia. Pemenang boleh dapat RM50, itu pun kalau dapat teka tajuk lagu dan kenapa medley tu dinamakan DAG Medley. Gila susah, huhu..Tapi suara dia seksi, dapat dengar pun kira oklah(disamping pandai memetik gitar juga).

Tak macam suara aku, flat ja bunyinya, wahahaha

Tapi aku tak kira, nanti aku nak jugak letak kompilasi cover song berserta lagu-lagu ciptaan aku kat sini. Orang nak pengsan pun pengsan la lepas dengar suara puaka aku, ngahahahaha...

Tapi, macam mana nak taruk lagu dalam blogspot??! Demmit!

Oh ya, saya sudah pulang

Macam haram lagi tajuk, macam la aku pergi mana-mana, hahaha.

Sebenarnya bizi membuat kajian kartun-kartun untuk projek klien. Tapi disebabkan tak cukup pengalaman dalam bidang ni, terpaksalah merelakan dengan pasrah klien mencari kartunis yang lebih berwibawa dan berkaliber.

Tapi bahagian development masih lagi aku yang handle. Nasib baik.

Jadi, disebabkan klien tak jadi nak ambik design aku ni, maka aku sedekahkanlah kepada sesiapa yang nak.




Walau macam mana pun, fleksibel itu perlu bila berdepan dengan klien. Hehe..Gua nak pergi lebih jauh lagi dalam bidang ni, jadi kenalah fleksibel dan ceria selalu.

Jadi malam ni boleh la siapkan esaimen, esok kena hantaq dah, wahahaha... =D

Wednesday, July 15, 2009

BRB - Be Right back

Encik Bat akan kembali selepas beliau menyetelkan semua kerja-kerja tertunggak beliau. Lagipun beliau tengah patah hati sekarang, patah hati yang macam mana, ha yang itu kita taktau.

Dia doakan semua kawan-kawan dan sesiapa yang baca post ni dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmat oleh Allah.

p/s: Dengar kata Encik Bat dah nak insaf balik.(Boleh caya ka?)

Sunday, July 12, 2009

Pengalaman saya dicekup polis


Foto oleh Azri Razak

Ini cerita lama. Tahun 2003 kalau tak silap aku. Masa tu tengah ambik diploma dekat UiTM. Zaman tu memang crook habis. Kalau tak balik rumah pukul 3-4 pagi memang tak sah. Tiap-tiap malam menghilang. Lokasi pilihan di Seberang Jaya waktu tu ialah di kedai snooker.

Dulu, memang aku gila snooker. Tiap-tiap malam main. Partnet in crime aku ketika tu ialah Yazid, co-founder infomalaya dulu merangkap kawan sehidup semati aku(tapi masa dia kawin baru-baru ni aku tak pi pun kenduri dia =_=).

Malam tu, macam biasa, aku main snooker dengan Yazid. Skill dua-dua boleh tahan dasat masa tu. Tengah dok syok menjolok bola, tiba-tiba ada sorang mamat ni cakap kuat-kuat dalam kedai, "Ok semua, sila berenti!!"

Aku dalam hati masa tu dok pikiaq, awat la mamat ni, nak kena sula kot dengan cue snooker ni. Lepas tu berduyun-duyun polis masuk dalam kedai. Hadui la, aku dah diam terus dah. Yazid pun sama.

Geng-geng polis mintak IC kami semua, nak periksa kut-kut ada yang kategori bawah umur dok cari pasai main snooker. Nasib baik masa tu dah cukup berumur dah, hehe..

Lega jap rasa. Ingatkan dah boleh sambung balik main. Tapi, tu la orang tua-tua selalu cakap, "langit tak selalunya cerah..."

Ada pulak sorang polis ni pi cakap yang trak polis dah tunggu kat bawah. Celaka haram jadah sungguh. Jadi, bermulalah episod baru dalam hidup aku dan Yazid masa tu, episod rombongan ke balai polis beramai-ramai.

Dalam trak polis, boleh tahan ramai jugak la yang kena cekup, ni geng-geng dari kedai lain ni, semua diam membisu. Aku dengan Yazid ja yang dok bersembang lagi, siap dok gelak-gelak buat lawak bodo tak tentu pasai dalam trak. Bodo sungguh kami masa tu, huhu..

Kami dok main teka-teka balai mana yang kami nak pi. Last-last dua-dua salah, kami kena bawak pi balai polis bukit mertajam. Nak haram punya jauh. Dekat setengah jam jugak la kalau naik moto. Macam la kat Seberang Jaya tadak balai polis. Dah la moto dok ada kat kedai snooker lagi.

Sampai kat balai, rupanya ramai lagi yang senasib dengan kami. Sempat jugak jumpa kawan-kawan lama zaman sekolah dulu. Dan sempat jugak bertanya kat kedai mana masing-masing kena cekup.

Untuk langkah berjaga-jaga, aku dah tutup enset aku, satgi mau abah aku telepon awat aku tak balik-balik lagi, memang kes naya kalau dia tau aku dok ada kat balai.

Masa dok tunggu giliran nak kena urine test, ada sorang polis ni tanya kami, aku tak berapa dengaq sangat soalan dia tu, aku ingatkan dia tanya sapa yang hisap rokok surya, jadi aku pun angkat la tangan. Aku sorang ja pulak tu yang angkat tangan.

Lepas tu semua kutu-kutu kat situ ushar aku. Membe aku tanya, hang biaq betui, hang hisap ganja ka?

Macam haram lagi, nasib baik aku cakap yang aku silap dengaq, huhu..Kalau tak mau tidoq balai aku malam tu.

Sebenarnya, malam tu polis buat operasi besar-besaran nak tangkap mat-mat gian kat pusat snooker dengan karaoke. Patut la ramai semacam malam tu kat balai. Rasa takut pulak bila tengok geng-geng GRO kena gari dan dirantai ramai-ramai masuk balai.

Insat, sangat insaf.

Tengah tunggu turn geng-geng aku nak kena urine test, ada DSP dari mana ntah, cakap yang kalau nak urine test semua, esok pagi pun takbleh habih. Jadi kami pun terlepas la dari kena urine test. Hehe..

Tapi urine test ja lepas, soalsiasat tetap kena jugak.

Tiba turn aku nak kena soalsiasat, aku duduk la dalam bilik tu. Polis pompuan yang soal aku. Macam-macam soalan la dia tanya, mana aku lepak, makanan kegemaran, ada awek ka tadak lagi, bla bla bla...

Lepas tu, dia suruh aku tunggu kat luaq. Yazid pun dah setel kena soalsiasat. Dalam pukul 3 pagi kut, baru la polis lepas kami semua. Rasa seronok pulak sebab bebas, hahahaha..

Tapi yang tak seronoknya, kena balik sendiri. Polis tak sediakan pengangkutan untuk balik rumah. Best betul. Kiranya one-way free ticket la.

Nasib baik Yazid berani telefon abah dia suruh mai ambik kami. Abah dia sporting skit. Sampai kat seberang jaya, singgah kedai snooker dulu, ambik moto. Lepas tu blah balik rumah.

Esok pagi, masa dok minum pagi dengan mak dan abah aku, aku cakap, "Mak, semalam abang masuk balai..."

Cerita selanjutnya lepas tu, sila bayangkan sendiri. ^_^

p/s: Aku memang tak boleh simpan apa-apa rahsia dengan mak aku, walau jahat mana aku sekalipun.

Dan, dulu lain, sekarang lain. Dulu aku tak pernah ada cita-cita nak jadi cikgu, tapi sekarang...Lain cerita la kan? Harap tak ada yang pikir bukan-bukan pasal aku, hahaha...Saja berkongsi cerita, hidup ni kan singkat. >_<

Pengumuman: Esok nak pergi piknik kat Port Dickson. Yay!

Saturday, July 11, 2009

Bila tiba-tiba menjadi 'popular'

Pertama sekali, terima kasih buat mereka yang mengucapkan tahniah tentang extreme georgia yang mendapat tempat ke-2 di Smashing Magazine.

Banyak dapat melalui twitter, komen di blog, melalui emel, dan juga di entri blog orang lain.

Terima kasih aku ucapkan. >_< Rasa sangat terharu, huhu..macam nak menangis pun ada. *ok aku tipu, takdalah sampai tahap camtu*

Sebenarnya, entahlah, tak tahu nak huraikan macam mana. Macam yang aku selalu fikir dan cakap, design ni subjektif. Bila dah subjektif, akan ada orang yang suka, dan akan ada orang yang tak suka.

Boleh tahan jugak bilangan designer luar negara yang mempertikaikan tempat ke-2 Extreme Georgia. Mungkin sebab aku ni tak dapat pelajaran secara formal tentang typography. Tapi memang pun, aku belajar sendiri ja benda-benda ni dari internet, buku dan pemerhatian. Mungkin jugak sebab aku ni dari Asia.

Ini contoh kritikan paling tak berasas. Review lah sangat, apa dia ingat typography ni wajib pilih font yang cantik-cantik ka? Takda pula dia sebut pasal whitespace, usability, dengan eye-tracking flow.

Nasib baik kat situ takda ruangan komen, kalau tak memang aku dah sembur, hehe..

Lagipun, bila difikirkan balik, aku banyak belajar dari kritikan. "Hei, your design is too ugly!", "Tak cantiklah design kau ni!", "Google more about web design!", "kau ni boleh design kah?"...

*Itu semua kritikan yang selalu aku terima masa mula-mula menceburkan diri dalam bidang ni*

Sudah terbiasa~ Tapi kenapa aku tetap rasa rendah diri dan rasa geram bila sekarang pun ada orang yang kritik aku?

Mungkin normal agaknya aku rasa macam tu, dan semua ni bergantung pada reaksi aku sendiri. Sama ada nak ambik positif atau negatif benda-benda macam ni, kan?

Dan, antara perkara yang aku belajar tentang mat salleh ni, ayat dia sangat mengasyikkan, mengujakan, dan nampak bombastik, seolah-olah dia betul-betul puji kita tahap kerajaan langit ayah pin. Hakikatnya, dia tak maksudkan sangat pun...

Aku cakap berdasarkan pengalaman aku belajar dengan mat-mat saleh. Dan aku pernah terkena sebenarnya. Tak dinafikan, bukan semua macam tu. Tapi kebanyakannya. Dia susah nak mengaku yang kita ni lebih superior dari dia.

Aiseh, macam racist pulak aku ni. hehe..

Aha, aku ada kemaskini skit laman web MentariWorks.

Wednesday, July 8, 2009

Umpama mimpi dalam mimpi

Ingat lagi tentang entri pasal submisi aku ke SmashingMagazine?

Tengah malam tadi aku dapat emel dari Chief Editor dia:

Hi Huzairy,

congratulations, your submission ("Extreme Georgia") has just got the
2nd place in the Smashing Magazine's typographic layout design contest!

Please let us know what price you would like to have
(http://www.smashingmagazine.com/2009/05/21/typographic-layout-design-contest-join-in-and-win/) and please send us your postal address!

We hope to hear from you soon and join in next time!


Sila lihat entri berkaitan dan design-design dari designer lain juga sangat cantik dan mengagumkan.

Terus aku rasa macam nak demam balik, huhu..Bergemuruh darah aku, tak sangka boleh duduk dalam top 3. Ingatkan design aku yang selalu orang(kecuali rakan-rakan web designer) cakap cikai dan tak cukup zat tu takbleh menang.

Apa-apa pun, Alhamdulillah. =D

Monday, July 6, 2009

Cerita #1

Err, tentang entri kehilangan baru-baru ni, Alhamdulillah dah berjaya ketemu dengan rakan pada tuan empunya kamera yang hilang. Aku hebahkan entri tu 2 Julai, dan dah dapat klu pada 6 Julai. 4 hari agak cepat, dan semua ini hasil kerjasama beberapa orang blogger macam Eriyza, Ct-k. Iwani dan Eizil tolong hebahkan dalam twitter. Terima kasih semua!

Aku dah telefon rakan Ustaz Wan tu, dia mintak alamat rumah aku sebab nak datang tuntut barang tu, minggu ni katanya.

Selesai satu hal. =D alhamdulillah.

Aku ni tak baik sangat(tapi saya tau saya hensem), cuma aku rasa kita tak patut simpan dan buat macam hak sendiri dengan barang-barang yang kita jumpa.

Okeh, cerita #2:

Sejak dua menjak ni, kerap dapat kerja freelance. Ambik upah siapkan laman web dan design klien. Alhamdulillah, lepas la buat belanja dapur dengan rokok, huhu..Nasib baik la aku tadak awek, kalau ada mesti nak kena bukak tabung untuk dana perkahwinan, wakakaka~

Tapi, yang menjadi persoalannya sekarang ialah, aku nak kena beli software original kalau aku nak serius dalam bidang ni. Err, jadi cikgu pun serius jugak, tapi jadi freelancer ni lebih kepada hobi, hobi yang serius la lebih kurang.

Aku ada emel Anne(PR Adobe kat Malaysia), tanya dia mana boleh dapat murah, atau aku boleh dapat harga spesel untuk blogger media rasmi. Dia mintak maaf sebab katanya memang takda diskaun, huhu..Dia tambah lagi, kalau aku buat duit dengan benda ni, elok ja aku beli, long-term investment katanya.

Nanti la aku cari jalan mana nak korek duit. Tulang empat kerat ni kan ada, takkan nak melangut tunggu duit ja, kan? =_=

Cerita #3 pulak:

Lain kali la aku sambung~

oh dem

Mintak maaf sebab lama tak menulih kat sini. Bizi sebenarnya, huhu..

Lepas kerja-kerja aku siap, aku janji aku tulis semuanya kat sini. XD

Banyak benda yang nak diceritakan~

Wednesday, July 1, 2009

Jejak kasih

Tadi pagi, kami serumah pergi piknik kat Sg. Congkak. Aku tengah dok cari ikan, tapi terjumpa pulak sebijik kamera digital mahal celah akaq kayu. Sila rujuk di InfoMalaya dot com untuk maklumat lanjut.

Esok takda kelas, lusa pun takda kelas. Untuk makluman, semester ni kelas aku cuma ada 2 hari sahaja. Hari-hari lain aku kerja freelance.