Ingat lagi tentang entri pasal submisi aku ke SmashingMagazine?
Tengah malam tadi aku dapat emel dari Chief Editor dia:
Hi Huzairy,
congratulations, your submission ("Extreme Georgia") has just got the
2nd place in the Smashing Magazine's typographic layout design contest!
Please let us know what price you would like to have
(http://www.smashingmagazine.com/2009/05/21/typographic-layout-design-contest-join-in-and-win/) and please send us your postal address!
We hope to hear from you soon and join in next time!
Sila lihat entri berkaitan dan design-design dari designer lain juga sangat cantik dan mengagumkan.
Terus aku rasa macam nak demam balik, huhu..Bergemuruh darah aku, tak sangka boleh duduk dalam top 3. Ingatkan design aku yang selalu orang(kecuali rakan-rakan web designer) cakap cikai dan tak cukup zat tu takbleh menang.
Apa-apa pun, Alhamdulillah. =D
Wednesday, July 8, 2009
Monday, July 6, 2009
Cerita #1
Err, tentang entri kehilangan baru-baru ni, Alhamdulillah dah berjaya ketemu dengan rakan pada tuan empunya kamera yang hilang. Aku hebahkan entri tu 2 Julai, dan dah dapat klu pada 6 Julai. 4 hari agak cepat, dan semua ini hasil kerjasama beberapa orang blogger macam Eriyza, Ct-k. Iwani dan Eizil tolong hebahkan dalam twitter. Terima kasih semua!
Aku dah telefon rakan Ustaz Wan tu, dia mintak alamat rumah aku sebab nak datang tuntut barang tu, minggu ni katanya.
Selesai satu hal. =D alhamdulillah.
Aku ni tak baik sangat(tapi saya tau saya hensem), cuma aku rasa kita tak patut simpan dan buat macam hak sendiri dengan barang-barang yang kita jumpa.
Okeh, cerita #2:
Sejak dua menjak ni, kerap dapat kerja freelance. Ambik upah siapkan laman web dan design klien. Alhamdulillah, lepas la buat belanja dapur dengan rokok, huhu..Nasib baik la aku tadak awek, kalau ada mesti nak kena bukak tabung untuk dana perkahwinan, wakakaka~
Tapi, yang menjadi persoalannya sekarang ialah, aku nak kena beli software original kalau aku nak serius dalam bidang ni. Err, jadi cikgu pun serius jugak, tapi jadi freelancer ni lebih kepada hobi, hobi yang serius la lebih kurang.
Aku ada emel Anne(PR Adobe kat Malaysia), tanya dia mana boleh dapat murah, atau aku boleh dapat harga spesel untuk blogger media rasmi. Dia mintak maaf sebab katanya memang takda diskaun, huhu..Dia tambah lagi, kalau aku buat duit dengan benda ni, elok ja aku beli, long-term investment katanya.
Nanti la aku cari jalan mana nak korek duit. Tulang empat kerat ni kan ada, takkan nak melangut tunggu duit ja, kan? =_=
Cerita #3 pulak:
Lain kali la aku sambung~

oh dem
Mintak maaf sebab lama tak menulih kat sini. Bizi sebenarnya, huhu..
Lepas kerja-kerja aku siap, aku janji aku tulis semuanya kat sini. XD
Banyak benda yang nak diceritakan~
Lepas kerja-kerja aku siap, aku janji aku tulis semuanya kat sini. XD
Banyak benda yang nak diceritakan~
Wednesday, July 1, 2009
Jejak kasih
Tadi pagi, kami serumah pergi piknik kat Sg. Congkak. Aku tengah dok cari ikan, tapi terjumpa pulak sebijik kamera digital mahal celah akaq kayu. Sila rujuk di InfoMalaya dot com untuk maklumat lanjut.
Esok takda kelas, lusa pun takda kelas. Untuk makluman, semester ni kelas aku cuma ada 2 hari sahaja. Hari-hari lain aku kerja freelance.
Esok takda kelas, lusa pun takda kelas. Untuk makluman, semester ni kelas aku cuma ada 2 hari sahaja. Hari-hari lain aku kerja freelance.
Saturday, June 27, 2009
Submisi pertama ke Smashing Magazine
Tahu Smashing Magazine? Aku dah hantar submisi aku sempena pertandingan typographic web layout. 30hb ni dateline dia.
Ini hasil kerja aku, 100% guna mukataip Georgia, dan ini jelas menunjukkan yang aku ni terlampau fanatik dengan georgia.
Harapan aku? Mesti la nak menang, ngahahahaha. Tapi kompem la designer dari seluruh dunia pun masuk bertanding. Lantak lah, apa nak jadi pun jadi la, kalau tak menang jugak, aku nak convert design tu jadi theme blog untuk wordpress, InsyaAllah.
Tapi, kalau menang, aku nak puasa sehari, InsyaAllah.
I got nothing to lose, right?
p/s: Rambut tak kerat-kerat jugak lagi, alahai~

Wednesday, June 24, 2009
Sedar diri #1

*Sekadar gambar hiasan*
Kehadapan Mohd Huzairy Mohd Rezuan,
1) Tolong kurangkan merokok.
2) Tolong rajinkan diri ke masjid atau surau.(Amin!)
3) Tolong jangan bermegah diri dengan apa yang orang katakan tentang anda, apa yang anda telah lakukan, dan apa yang ada pada diri anda. Semua itu boleh hilang dengan sekelip mata, kalau sudah ditakdirkan oleh Allah.
4) Tolong jangan slacking off dan off-task semasa membuat kerja sekolah dan kerja freelance. Pensyarah dan klien akan hangin kalau kerja lambat siap, atau tak siap langsung!
5) Teruskan hidup sendirian tanpa awek di sisi, ada awek nanti apa kerja pun tak boleh buat! Orang angau memang begitu~
6) Teruskan senyum walaupun hidup anda penuh dengan ranjau berduri dan serba kekurangan.
7) Dan yang paling penting, selalulah ingat mak dan abah di kampung(padahal bandar sebenarnya), kerana anda selalu menitiskan air mata hiba mereka sebelum ini.
8) Hiduplah dengan konfiden, jalanlah dengan hati yang lapang, dan bantulah mereka yang memerlukan.
Sekadar peringatan untuk diri sendiri.
Hup hup hoorey!
Monday, June 22, 2009
I will survive #2
Aku tersangatlah suka dengan lagu I will survive. Suka sebab ramai orang suka gubah lagu ni.
Sila tengok video di atas. Ini baru la performance! Opening yang syahdu, dan closing yang padu, hehe..
Part menari tu pun dasyat gak, teringin nak menari camtu dalam kelas, wakakaka.. =P
Subscribe to:
Posts (Atom)