Tahu Smashing Magazine? Aku dah hantar submisi aku sempena pertandingan typographic web layout. 30hb ni dateline dia.
Ini hasil kerja aku, 100% guna mukataip Georgia, dan ini jelas menunjukkan yang aku ni terlampau fanatik dengan georgia.
Harapan aku? Mesti la nak menang, ngahahahaha. Tapi kompem la designer dari seluruh dunia pun masuk bertanding. Lantak lah, apa nak jadi pun jadi la, kalau tak menang jugak, aku nak convert design tu jadi theme blog untuk wordpress, InsyaAllah.
Tapi, kalau menang, aku nak puasa sehari, InsyaAllah.
I got nothing to lose, right?
p/s: Rambut tak kerat-kerat jugak lagi, alahai~
Saturday, June 27, 2009
Wednesday, June 24, 2009
Sedar diri #1

*Sekadar gambar hiasan*
Kehadapan Mohd Huzairy Mohd Rezuan,
1) Tolong kurangkan merokok.
2) Tolong rajinkan diri ke masjid atau surau.(Amin!)
3) Tolong jangan bermegah diri dengan apa yang orang katakan tentang anda, apa yang anda telah lakukan, dan apa yang ada pada diri anda. Semua itu boleh hilang dengan sekelip mata, kalau sudah ditakdirkan oleh Allah.
4) Tolong jangan slacking off dan off-task semasa membuat kerja sekolah dan kerja freelance. Pensyarah dan klien akan hangin kalau kerja lambat siap, atau tak siap langsung!
5) Teruskan hidup sendirian tanpa awek di sisi, ada awek nanti apa kerja pun tak boleh buat! Orang angau memang begitu~
6) Teruskan senyum walaupun hidup anda penuh dengan ranjau berduri dan serba kekurangan.
7) Dan yang paling penting, selalulah ingat mak dan abah di kampung(padahal bandar sebenarnya), kerana anda selalu menitiskan air mata hiba mereka sebelum ini.
8) Hiduplah dengan konfiden, jalanlah dengan hati yang lapang, dan bantulah mereka yang memerlukan.
Sekadar peringatan untuk diri sendiri.
Hup hup hoorey!
Monday, June 22, 2009
I will survive #2
Aku tersangatlah suka dengan lagu I will survive. Suka sebab ramai orang suka gubah lagu ni.
Sila tengok video di atas. Ini baru la performance! Opening yang syahdu, dan closing yang padu, hehe..
Part menari tu pun dasyat gak, teringin nak menari camtu dalam kelas, wakakaka.. =P
Sunday, June 21, 2009
Baru teringat #2
Aku baru teringat balik dekat blog tumblr aku. Sebelum ni guna theme sendiri, tapi lepas tengok ada theme yang lagi cantik dan lebih ekselen, aku pun tak fikir panjang, terus tukar, hehe..
Situ akan menjadi tempat aku melambakkan apa-apa benda yang berkaitan dengan apa yang aku jumpa dalam internet ni. Kebanyakkannya pautan ke artikel-artikel design, typography, dan web design. Ingat lepas ni nak jadikan tempat tu sebagai arkib code snippet untuk CSS. Tapi tak janji la, haha..
On recent notes, esok dah mula kuliah untuk semester terakhir aku.
Dah 5 tahun rupanya kat maktab ni. Alahai~

Saturday, June 20, 2009
Thursday, June 18, 2009
Baru teringat #1
Pagi tadi, terbangun awal(6.30pagi), ok la, kira sangat awal la untuk orang macam aku ni. -_-.
Lepas tu, terpandang enset nokia 3120 classic aku yang tersadai atas papan MDF. Sebenarnya, dah dekat 3 hari enset aku tak bernyawa. Ni semua gara-gara socket charger yang takda, sebab sebelum ni guna yang kawan punya, kawan tu pulak tak balik lagi dari kampung. >_<
Maka, sekonyong-konyong selepas dihidupkan enset tu, berduyun-duyunlah mesej menerjah masuk.
Missed call tu dah terbiasa, tapi ada satu mesej yang luar biasa skit datang pagi ni, entah hari apa dia hantar aku pun taktau.
"salam huzairi bdk sktp menang johan acara uereka reee , dapat wakil pergi negeri...Thanx yer atas tunjuk ajar n cth model ari2..Ktrg adjust2 n tambah2..Thanx.."
— Cikgu Yana
Huhu..Rupanya pertandingan tu dah buat, aku baru ingat nak pergi sekolah arini, nak sambung pasal interior design model rumah tu. Tapi dah menang, takpalah. Ini menunjukkan Yana dan Kak Yati (cikgu-cikgu sains dan KH sekolah aku) bersemangat tinggi masa train budak-budak. Mesti guru besar seronok nih, hehehe..
Tapi, kredit takda la pulak nak reply mesej, nampak gaya kena la pergi sktp pagi ni. Harap-harap cikgu kat sana tak terkejut tengok penampilan aku yang serabai camni(tapi tetap comel).
Orait, nak habiskan makan nestum ni dulu.
Updet:
"Karnival Sains dan Teknologi Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat telah diadakan pada 17-18 Jun 2009 di SK Lubuk Kelubi. Acara yang dipertandingkan adalah Story Telling(Science), Saintis Muda dan Eureka REE. SK Taman Puteri telah mewakili Zon Cheras ke peringkat daerah ini dalam acara Eureka REE. Ini merupakan cubaan kali pertama SKTP dalam acara ini dan tidak meletak harapan untuk menang tetapi sekadar untuk memberi pendedahan kepada murid-murid. Namun, tanpa disangka-sangka SKTP telah diumumkan sebagai Johan bagi acara ini.. Sungguh tidak diduga sama sekali. Tahniah diucapkan kepada empat orang murid yang mewakili SKTP iaitu Rahim Tay, Sushmitta, Anwar dan Sakinah dari Kelas 5 Dedikasi. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru pembimbing Cik Adzliana dan Pn. Norhayati serta En. Huzairy(guru praktikum) yang telah membimbing dan menyumbang idea sehingga tercapainya kejayaan ini. Dengan kejayaan ini, SKTP akan mewakili daerah Hulu Langat ke peringkat negeri di Sabak Bernam bagi acara ini pada 24-25 Jun 2009 akan datang. Semoga akan terus berjaya.... SKTP hebat...!!" — blog SKTP
Lepas aku tengok gambar-gambar kat blog sekolah, baru aku tau sebab apa menang, Cikgu Yana punya idea la ni, hahaha..
Aku rasa ada silap skit la nama murid tu, bukan Sakinah, tapi rasanya Aisyah.
Dah dibetulkan, terima kasih Puan Adonie(Guru Besar SKTP). =D
p/s: 24-25 Jun aku ada kat maktab lagi, nampak gaya tak boleh la nak pergi sebab bulan 8 baru aku masuk sekolah. Alahai~

Wednesday, June 17, 2009
Satu pertanyaan...
"Bat, hang pulak bila lagi?"
Aku, "Tengoklah, 3-4 tahun lagi InsyaAllah.."
Kalau dicongak, umur aku masa tu mau dah dekat 30 tahun. Tua sangat tu wei, hahahaha~
Orang cakap, apa yang kita ucap ni umpama doa. Jadi, mari kita ubah ayat itu kepada:
"Bat, hang pulak bila lagi?"
Aku, "Kalau boleh, hari ni jugak aku nak kawin! Tapi dah takda calon lagi, kena la tunggu dulu, kan?"
Ok tak?
Diadaptasikan dari tekong.

MentariWorks?

Tersebutlah kisah, ada seorang hamba Allah ni, dia minat sangat membuat laman web. Berkat bersusah payah dia membelek buku css, buku design, dan membaca artikel di internet, dia berjaya jugak menempatkan dirinya di persada industri rekabentuk laman web di Malaysia.
Dia seronok bila dapat siapkan kerja-kerja klien. Tapi, tak semua kerja yang dia dapat, dia dapat siapkan. Maklumlah, beliau masih belajar lagi, nak kena pergi kelas, nak kena siapkan assignment, dengan blablabla lah lagi.
Ada satu ketika, dia didatangi oleh seorang anak muda, yang ingin turut serta membantu beliau mencapai cita-cita sibernya. Banyak projek yang dijalankan mereka, patutlah ramai orang cakap, dua kepala lebih baik dari satu kepala.
Kemudian, mereka bergabung tenaga pula dengan rakan-rakan yang lain untuk membentuk satu kumpulan yang sangat gah satu ketika dulu. Si hamba Allah ini tadi pada mulanya agak risau kerana kecekapan beliau pada waktu itu tersangatlah kecil jika hendak dibandingkan dengan mereka yang lain.
Tapi, beliau gagahkan juga, mungkin ini satu peluang untuk beliau meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih ekselen, mana tahu. Seperti yang dijangka, prestasi beliau semakin melonjak. Namun, langit tidak selalunya cerah, tidak lama kemudian, satu persatu ahli kumpulan berkenaan terpaksa mengeluarkan diri masing-masing. Perasaan gembira sebelum ini seperti berada dalam kumpulan Akatsuki(ini cerita naruto) semakin pudar, sedikit demi sedikit. Akhirnya, kumpulan ini terkubur begitu saja, bersama-sama dengan cita-cita yang diagung-agungkan sebelum ini.
Tapi, beliau masih lagi bersama dengan anak muda tadi, mencorakkan dunia siber dengan telatah dan kecekapan mereka. Entah apa yang terjadi, si hamba Allah tadi inginkan kegembiraan berada dalam kumpulan tetap seprti dahulu. Maka, terhasillah sebuah idea yang diberi nama MentariWorks.
Pada mulanya, cuma ada dua orang, kemudian, bertiga, dan kini, sudah ada 4 orang kesemuanya. Tiap-tiap mereka ada bidang masing-masing. Design, CSS, pengaturcaraan, dan yang paling penting dalam organisasi perniagaan, pemasaran dan pengurusan projek.
Hala tuju mereka masih lagi samar-samar, tapi sangat mengujakan. Hehe..
Bat, Azraai, Baliomega, dan Hafreze...Semoga cita-cita ini menjadi kenyataan, InsyaAllah.
p/s: Sekian cerita epik dari aku. =P
Thursday, June 11, 2009
Bila hati sudah rindu

Gambar di atas menunjukkan aku, adik angkat aku, dan ibu angkat aku di Kampung keledek, Kuala Lipis. Rasa bersalah sebab aku tak boleh pergi kenduri di sana sabtu ni. Kenapalah elaun tak masuk-masuk lagi? Arghh tensen!
Aku janji dengan diri aku sendiri, tahun ni aku tetap akan pergi jenguk mereka di sana. InsyaAllah.

Gambar di atas pulak, kawan-kawan masa aku di UiTM Arau. Gambar Cikun takda sebab dia tak ikut sekali pergi Pangkor. Terima kasih sebab sudi anggap aku ni kawan lagi, walaupun aku dah tinggalkan hangpa semua di Arau dulu untuk lari dari masalah peribadi aku. Yang gadis di kanan sekali tu, akan kawin hujung minggu ni, eheh. =P

Err, yang ni pulak, insan yang paling dibenci aku, si gadis pahang. Tapi dalam benci-benci pun, rindu jugak. Rindu dengan senyuman dia, dengan ke'innocent'an dia, dengan perangai sopan-santun dia. Bak lirik lagu kumpulan apa ntah, "walau kita tak ditakdirkan untuk bersama, kau masih di hati ini..." huhu..
p/s: Sekali sekala layan perasaan ok jugak. =P
Wednesday, June 10, 2009
Adakah perasaan malas ini sebenarnya direka?
Eh, dah ala-ala lirik lagu Yuna pulak kan? Sikit ja, tak banyak sebab aku dah ubah, haha..
Macam ni, aku sebenarnya ada satu kerja kena siapkan, cuma masalahnya, aku jadi malas nak buat. Bukan aku malas sebab aku tak minat nak buat. Ni kerja design + pembangunan web, sapa yang kenal aku mesti akan cakap yang aku minat buat benda-benda ni.
Jadi, pokok pangkalnya, aku memang sepatutnya minat dan bersemangat untuk siapkan kerja ni, kan?
Sepatutnya macam tu lah, tapi lain pulak jadinya. Aku tetap jadi malas nak buat walau benda ni aku minat, dan aku akan dibayar lepas kerja aku siap.
Agaknya, mungkin ini yang dikatakan, tak semestinya benda yang kita rasa kita minat tu, adalah benda yang kita suka untuk buat. Kadang-kadang secara tak sedar, kita dah rasa terpaksa untuk buat, sebab tu la tak seronok.
Berbeza dengan projek baru-baru ni, FeedMalaya. Ini projek antara aku dengan Crynobone. Kalau nak dikira dari segi masa, sebenarnya tersangatlah cepat. 2 orang saja pulak tu. Jadi cepat sebab dua-dua bersemangat dan nak tengok projek ni menjadi, hehe..
Jadi aku rasa, aku ni macam tak layak nak jadi pembangun laman web yang sejati. Sebab perasaan aku sentiasa berubah-ubah. Aku nakkan satu elemen yang boleh lonjakkan semangat aku untuk siapkan sesuatu projek tu. Dalam bahasa mudah, aku ni memilih projek. Bolehkah begitu?
Dan kalau ada projek yang aku tak minat nak buat, aku akan pass pada orang lain. Oh sungguh indah dan mudahnya aku berkata-kata.
Bagai melumurkan lumpur di muka sendiri rasanya, huhu..
Aku rasa nak kena kaji balik la, sebab apa aku libatkan diri dengan benda-benda ni semua, walhal aku ni nak jadi cikgu sekolah.
Nak jadi cikgu bukan senang wei, kena ada komitmen yang tinggi. Tapi bila dah komitmen aku ni dah dibahagi-bahagi, mana nak datang kualiti dalam kerja-kerja aku?
Ada sesiapa boleh jawabkan?

Tuesday, June 9, 2009
Sesi mengemas blog selesai

Abaikan gambar di atas, kalau aku letak gambar ni maknanya aku gembira tahap maksima, hahaha..
Okeh, aku dah selesai mengemas blog ni, dah updet pautan blog kawan-kawan, dan projek-projek yang aku join dan tumpang populariti, huhu..Kalau ada yang nak aku masukkan pautan dekat sini, jangan segan-segan nak bagitau. Cuma nak pesan, blog ni tak femes sangat, sama macam tuan dia jugak. Tadak orang kenai sangat.
On recent notes, aku rasa macam nak tulis cerpen merapu lagi la. hahaha..
Ok lah, babai.
Monday, June 8, 2009
Komputer lama menagih simpati

Selepas lama tidak dihidupkan, akhirnya komputer lama aku yang sudah dijual pada abang aku, yang kini berpindah tangan pula ke adik aku, berjaya disedarkan kembali. Kali ni encik komputer lama dipasang dengan GNU/Linux Ubuntu 8.04.
Adik aku yang pompuan tu pun tahu nak guna linux, kalau ada orang lain yang membebel cakap susah nak guna, taktau dah aku nak cakap apa, huhu..Tapi aku paham, linux bukan untuk semua orang, =) Aku pun guna windows gak, hehe.. =P
Tadi mak angkat aku telepon, nak kena cari duit ni nak pergi Pahang. Jadi, kena la siapkan jugak kerja-kerja, boleh jugak nak buat belanja tambang bas express, =D
Sekarang gua dah jadi broker rumah sewa
Ingin mencari rumah sewa di sekitar Seberang Jaya? Anda sudah mendirikan rumahtangga? Berbangsa Melayu?
Jadi, mungkin anda berminat untuk menyewa di rumah sewa bonda gua. Sila rujuk posting di CariBilik.my beserta maklumat lanjut dan peta lokasi.
Anda pasti tidak akan menyesal. Percayalah!

Sunday, June 7, 2009
Selamat menaiki pesawat ya kawan-kawan!
Err, 13hb ni, ada beberapa orang kawan semaktab aku yang akan ke Australia, pergi melawat universiti QUT kami tu kat Brisbane.
Tahniah kepada Afiq Imam sebab berhempas pulas menjayakan rombongan ni. Aku memang ada hati nak pergi sebenarnya, tapi duit tu memang takda, jadi diamkan sajalah, haha..
Yus pun pergi, Wanchope pun, Syuk tua tak pergi pulak, hehe..
Kepada Afiq dan Yus, jangan lupa kidnap seekor beruang koala untuk kami di sini, wahahahaha...

Feedmalaya?
Projek terbaru dari Crynobone dan yours truly.
FeedMalaya ni sebenarnya social blog aggregator yang menggabungkan penggunaan blog aggregator dan facebook.
Aku guna idea/strategi yang sepatutnya digunapakai oleh blogtitude. Blogtitude sebenarnya ada lagi, tapi masih lagi tak siap seperti yang dikhabarkan oleh Azraai. Untuk mereka yang masih tak tahu, aku salah sorang dari 4 empat orang development team untuk blogtitude dulu.
Tapi, itu dulu punya cerita.
Apa-apa pun, banyak benda lagi nak kena buat lepas ni. InsyaAllah.
Best jugak buat kerja dengan hardcore programmer macam Cryn. Sama macam cerita Wanie bitter-coffee, hehe..

Saturday, June 6, 2009
Apa nak buat bila orang taknak bayar hutang?
Al kisah, ada orang yang masih hutang aku RM400. Untuk sesetengah orang, mungkin la tak banyak, tapi bagi aku, jumlah tu amat banyak untuk orang yang tak kerja lagi macam aku.
Alasa yang diberi, dia akan beri alasan nak guna duit, bayar duit itu, bayar duit ini, lepas tu buat janji palsu konon nak bayar minggu depan dan sebagainya.
Sekarang, orang tu masih lagi mendiamkan diri...
Pesan aku, jangan sampai aku buat repot polis. Alamat lama rumah hang kat Negeri Sembilan tu ada lagi dengan aku.
Dan, kalau pun aku masih lagi tak sampai hati nak buat repot polis, jangan harap aku nak halalkan duit tu. Jumpa kat Akhirat nanti kita setel.
Ok tak cerita aku ni? Oh ya, orang yang dimaksudkan di atas ialah Daniel Syafyx aka Xeroxaven.
Antara sebab dia dah lama tak online, kemungkinan besar sebab nak lari dari aku.
Puashati xero?

Tuesday, June 2, 2009
Seberang Jaya, aku datang!
Bas dijangka bertolak pukul 11 pagi ni.
Sekarang baru pukul 7 pagi. Barang-barang harram tak kemas lagi!
Dah dekat 3 bulan tak balik kampung, huhu..
Kalau ada rezeki, boleh la jumpa encik Flisterz di Penang.
On recent notes, tahniah kepada Azraai merangkap operation director of MentariWorks sebab berjaya deal dan dapat siapkan tema untuk ohbulan.com.
Sekarang tengah deal satu lagi projek untuk previous client, dan satu lagi projek kolaborasi dengan Crynobone.
Oh yeah!

Monday, June 1, 2009
Tu Du lis
Walaupun aku tengah menikmati cuti sekolah yang amat panjang, tapi sebenarnya aku taklah bercuti sangat pun, ini senarai kerja yang perlu disiapkan oleh aku.
1) Siapkan kertas kerja perhimpunan blogger-blogger hensem dan rupawan Malaysia, hehe..
2) Siapkan tema baru untuk infomalaya versi 10.
3) Siapkan parking page untuk cssmalaya.
4) Tulis tutorial cara nak buat tema wordpress di infomalaya.
5) Bangunkan balik whitebeans.
6) 'Finalize'kan design untuk MentariWorks, dan siapkan one-page brocure.
7) Kempiskan perut yang boyot.
8) Berlatih teknik kombat menggunakan pisau rambo.
9) Menambahkan stamina yang semakin pudar dek kemalasan bersenam ketika praktikum.
10) Cari awek aka calon bini.
11) Basuh moto sampai berkilat.
12) Cari xero sampai dapat sebab dia tak bayar hutang aku lagi sampai sekarang.
13) Habiskan baca buku yang dah berkurun lama beli tapi baca tak habis-habis.
14) Buat cerpen merapu untuk tontonan awam.
15) Simpan rambut dan jambang, biar nampak macam orang terabai dan tak cukup kasih sayang.
16) Baikpulih 2 komputer yang ada di rumah.
17) Cari balik kawan lama yang dah lama ditinggalkan kerana terlalu sibuk dan kerana dah lama sangat tak balik kampung(mintak-mintak tak kena pukul beramai-ramai, huhu).
18) Kena pergi pahang sebab adik angkat aku nak kawin.
19) Buat pelan rumah dan langkah kerja untuk pertandingan UEREKA REEE, nanti tak la susah cikgu-cikgu kat sekolah aku nak ajar budak-budak.
20) Lu pikir la sendiri~
Sibuk kan aku?