Err, tentang entri kehilangan baru-baru ni, Alhamdulillah dah berjaya ketemu dengan rakan pada tuan empunya kamera yang hilang. Aku hebahkan entri tu 2 Julai, dan dah dapat klu pada 6 Julai. 4 hari agak cepat, dan semua ini hasil kerjasama beberapa orang blogger macam Eriyza, Ct-k. Iwani dan Eizil tolong hebahkan dalam twitter. Terima kasih semua!
Aku dah telefon rakan Ustaz Wan tu, dia mintak alamat rumah aku sebab nak datang tuntut barang tu, minggu ni katanya.
Selesai satu hal. =D alhamdulillah.
Aku ni tak baik sangat(tapi saya tau saya hensem), cuma aku rasa kita tak patut simpan dan buat macam hak sendiri dengan barang-barang yang kita jumpa.
Okeh, cerita #2:
Sejak dua menjak ni, kerap dapat kerja freelance. Ambik upah siapkan laman web dan design klien. Alhamdulillah, lepas la buat belanja dapur dengan rokok, huhu..Nasib baik la aku tadak awek, kalau ada mesti nak kena bukak tabung untuk dana perkahwinan, wakakaka~
Tapi, yang menjadi persoalannya sekarang ialah, aku nak kena beli software original kalau aku nak serius dalam bidang ni. Err, jadi cikgu pun serius jugak, tapi jadi freelancer ni lebih kepada hobi, hobi yang serius la lebih kurang.
Aku ada emel Anne(PR Adobe kat Malaysia), tanya dia mana boleh dapat murah, atau aku boleh dapat harga spesel untuk blogger media rasmi. Dia mintak maaf sebab katanya memang takda diskaun, huhu..Dia tambah lagi, kalau aku buat duit dengan benda ni, elok ja aku beli, long-term investment katanya.
Nanti la aku cari jalan mana nak korek duit. Tulang empat kerat ni kan ada, takkan nak melangut tunggu duit ja, kan? =_=
Cerita #3 pulak:
Lain kali la aku sambung~
3 comments:
Salam.
Bagus la hang Bat. Barang yang bukan hak kita mesti dipulangkan. Kena ikhtiar dulu cari tuannya, barulah bleh claim jadik diri sendiri punye. Tapi, tu pun x digalakkan. Kalau duit better sedekah je kat masjid. Tang kamera ni, xtau la plak aku.
hahaha
cerita #3..
aku tidak hadir ke kuliah lg. Puas aku membangunkan diri ini tetapi gagal. heeee
@adyri: Salam yus, yang aku pernah dengar, kalau kita ikhtiar selama setahun, kalau tak jumpa jugak, kita boleh claim jadi barang kita, cuma taktau kesahihan dia macam mana.
@babyling: dah bangun, tapi tak sihat, mesti matno tak bagitau kan? Tak apalah, kalau bagi alasan apa pun, bukan orang nak percaya.
Post a Comment